Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tiga Hero Batu Pahat Dirai

By 14 Februari 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat) Pejabat Daerah Batu Pahat

BATU PAHAT, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Tiga hero yang berjaya menyelamatkan mangsa kemalangan di Tasik Merdeka, Jalan Bilal dirai dan diberi penghargaan khas dalam majlis yang diadakan di Dewan Terbuka Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail, di sini semalam.

Suzaini Mohd Sadali, 43, Mohamad Nur Salim, 39, dan Mohd Fairus Matroh, 36, pada Januari lalu telah bertindak nekad menggadaikan nyawa mereka untuk terjun ke tasik tersebut bagi menyelamatkan mangsa kemalangan dari tenggelam bersama kereta yang terbabas ke dalam tasik.

“Kita berasa bangga kerana di Batu Pahat ini masyarakat masih peka dan saling menjaga antara satu sama lain tanpa mengira bangsa.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada hero-hero Batu Pahat yang telah menyelamatkan mangsa kemalangan Tasik Merdeka,” kata Pegawai Daerah Batu Pahat Tuan Haji Nasri Md Ali.

Hero Suzaini Mohd Sadali ketika ditemui berkata beliau tidak menyangka tindakan spontannya terjun ke tasik bagi menyelamatkan mangsa kemalangan dari mati lemas menjadikannya hero daerah Batu Pahat.

“Saya berasa gembira diberi penghormatan utnuk menerima anugerah khas di dalam Perhimpunan Pejabat Daerah Batu Pahat ini,” katanya.

Pada majlis tersebut Tuan Haji Nasri turut menyerahkan bot kepada Ketua Jabatan Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Majlis Daerah Yong Peng bagi tujuan menyelamat mangsa banjir.

Turut hadir Abdul Azim Shamsudin, Pentadbir Tanah Daerah Batu Pahat Faiz Jamil, Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng Mohd Haniff Ahmad dan Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dolah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda