Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

SDW 2023 Promosi Reka Bentuk Kreatif Perabot Asas Kayu

By 14 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norlia Mili/Chua Shim Choon (Sarawak)

KUCHING, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Minggu Reka Bentuk Sarawak 2023 (SDW2023) yang julung kali diadakan di Borneo Convention Centre (BCCK), bermatlamat untuk mengetengahkan hasil rekaan serta prototaip perabot oleh pereka muda.

Ketika merasmikan SDW2023, Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, kerajaan Sarawak mengambil pendekatan serius bagi mengubah industri berasaskan kayu dengan melaksanakan beberapa langkah antaranya melahirkan pereka muda yang memiliki kreativiti yang mampu menghasilkan produk perabot.

“Justeru untuk itu Pusat Reka Bentuk Sarawak (SARADEC) bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) serta Institut Teknologi Bandung (ITB) Indonesia untuk melatih pereka kreatif di mana kita menghantar graduan untuk menimba pengalaman serta kemahiran bagi mencipta perabot yang unik bagi pasaran global,” kata Abang Jo, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda