Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

IPR Sasar Miskin Tegar dan Keluarga B40 Tingkatkan Pendapatan

By 27 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Juliana Jamri/Noor Sazarina Mohd Noor (Hulu Langat)

PANDAN, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bertujuan untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar, miskin dan B40 bagi menjana pendapatan yang mampan.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata sebagai permulaan IPR akan dijayakan menerusi Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) yang akan melibatkan rakyat dalam aktiviti pertanian, Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) yang memberikan peluang rakyat menjana pendapatan tambahan menerusi penjualan makanan siap.

Manakala Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) memberikan platform kepada rakyat yang berkemahiran dalam penyelenggaraan dan perkhidmatan untuk terlibat terus dalam aktiviti operator perkhidmatan.

“Bagi menjayakan INTAN, IPR akan bermula dengan pembukaan 800 ekar tanah Kerajaan Persekutuan. INSAN pula IPR menyasarkan jualan makanan siap seperti sarapan dan makanan tengahari pada harga serendah RM2” katanya ketika merasmikan Majlis di LRT Cempaka, Ampang, dekat sini semalam.

Inisiatif ini melibatkan kerjasama antara kerajaan, rakyat dan rakan strategik melalui pendekatan holistik selaras dengan pendekatan keseluruhan negara iaitu Whole-Of-Nation Approach dalam usaha menangani kemiskinan dan ketidaksaksamaan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (RMKe-12).

-ZS-

Tinggalkan komen anda