Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Peliharalah Sungai Skudai Demi Masa Depan Generasi Akan Datang

By 7 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Norakmal Muhammad (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Semua pihak diseru supaya bersama-sama menjaga kebersihan sungai agar generasi akan datang dapat menikmati keindahannya.

“Kawasan Sungai Skudai pada ketika ini sangat kotor disebabkan aktiviti pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sisa sampah sarap ke sungai dan juga faktor perubahan ekosistem.

Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Tampoi, Norakmal Muhammad berkata demikian di program gotong-royong ‘Johor Bersih’ bersama penduduk Taman Tampoi Utama, Perling.

“Saya juga telah memberikan idea dan pandangan kepada Menteri Besar Johor bagi membangunkan pinggir Sungai Skudai terutamanya di kawasan penempatan penduduk dengan projek ekonomi setempat dan juga pusat penyelidikan dan informasi alam sekitar.

“Ini akan membolehkan limpahan ekonomi kepada penduduk dapat diterjemahkan melalui pendekatan pemuliharaan ekosistem termasuk biodiversiti di Sungai Skudai,” katanya ketika ditemui, di sini kelmarin.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Dato Mohd Jafni Md Shukor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Ramlee Bohani, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Datuk Mohd Noorazam Osman, Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Perling Datuk Abd Rashid Kasman, Penghulu Mukim Pulai Zainuddin Zainal Abidin dan Ketua Kampung Pasir Zaini Sinong.

-ZS-

Tinggalkan komen anda