
Laporan/foto: Muhamad Muzaffar Marrudzuki/Shaiful Azman Mohd Said (Tampin)
TAMPIN, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Sempena hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-74, Pejabat Daerah dan Tanah Tampin telah menganjurkan Karnival Sukan Rakyat khas buat komuniti daerah ini di Kompleks Arena Tampin, hari ini.
Karnival ini turut disertai oleh beberapa agensi tempatan seperti anggota Polis dari Balai Polis daerah Tampin, Majlis Daerah Tampin dan banyak lagi.
“Acara seperti ini bagus untuk merapatkan hubungan antara agensi yang ada di daerah Tampin disamping kita kenang kembali permainan yang pernah kita main di waktu kecil dahulu,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Repah Veerappan Supramaniam ketika memberi ucapan perasmian.
Seramai 150 peserta yang menyertai karnival ini dan terdapat empat acara yang telah dipertandingkan iaitu pertandingan tarik tali, galah panjang, batu seremban dan tating lawi.
-ZS-