Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Wan Amirul Syamni, Nur Afifah Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Daerah Marang

By 11 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Afnan Hakimi/Norhasirah Deris (Marang)

MARANG, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Wan Amirul Syamni Wan Rusli, 35, dan Nur Afifah Zaki, 24 dinobatkan sebagai Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Daerah Marang 1444 Hijrah/2023 Masihi yang diadakan di Masjid Padang Mengkuang, di sini baru- baru ini.

Wan Amirul Syamni mendapat 90 peratus markah manakala Nur Afifah
88 peratus.

Seramai lapan peserta dari sekitar daerah Marang telah memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran secara bertarannum.

Pegawai Daerah Marang Lizan Che Mat berkata majlis ini adalah acara tahunan bagi daerah Marang dalam mencari pelapis bagi golongan muda untuk tampil memperdengarkan bakat masing-masing.

“Majlis ini juga bertujuan memilih calon qari dan qariah yang berkelayakan dan terbaik bagi mewakili daerah Marang ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu di Pekarangan Pejabat Daerah Marang nanti,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda