Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanVideo

Keringkam, Seni Sulaman Tradisi Sarawak

By 7 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/video: Hairol Hisham

KUCHING, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Seni sulaman Keringkam pada selendang dan selayah merupakan salah satu warisan yang dilihat sebagai simbolik penting dalam adat istiadat Melayu Sarawak.

Menurut Puan Ros Salleh, 53, penggiat seni sulaman keringkam Sarawak, harga keringkam bergantung kepada kerumitan reka bentuk, kualiti benang yang digunakan dan saiz tudung.

Kain yang digunakan biasanya Kasa Rubia atau Chiffon mengikut permintaan pelanggan. Benang keringkam pula menggunakan benang emas atau perak yang diimport dari negara Turki atau India. Oleh itu, semakin mahal harga emas di pasaran, semakin mahal harga keringkam yang dihasilkan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda