Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Lembah Pantai Disambut Meriah

By 7 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Hafizuddin Abdul Halim/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Cuaca hujan sejak pagi tadi tidak mematahkan semangat warga Lembah Pantai untuk menghadiri dan memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai, semalam.

Kehadiran Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai bersama keluarga disambut meriah dengan persembahan tarian singa.

“Walaupun Sambutan Tahun Baharu Cina telah selesai pada malam hari ke-15 namun di Malaysia setiap perayaan kita di sambut selama sebulan, tidak kira Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina mahupun Deepavali.

“Saya harap semangat perpaduan dan kasih sayang dapat dipupuk di semua peringkat rakyat Malaysia malah dalam kalangan pemimpin juga tanpa mengira latar belakang politik melalui anjuran program seumpama ini,” ujar Fahmi ketika berucap di majlis tumah terbuka di Laman Lucky Garden, Bangsar, di sini.

“Bukan semua yang tinggal di Bangsar kaya, kepada sesiapa yang memerlukan bantuan boleh berjumpa dengan saya.

“Saya mendedikasi gaji saya untuk bantu warga Lembah Pantai dan harap bantuan akan sampai lebih pantas kepada mereka yang memerlukan,” pesan Fahmi Fadzil kepada warga Lembah Pantai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda