Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Khatan Beramai-ramai Hilang Rasa Takut dan Gemuruh

By 28 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hazlinah Samsir/Sallihudin Wahid

RANAU, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Kelebihan majlis khatan beramai-ramai mampu mengurangkan rasa gemuruh dan takut dalam diri anak-anak.

Perasaan itu dikongsi sendiri oleh Adam Haikal Md Suffian, 12, yang datang bersama ibunya di Majlis Berkhatan Beramai-ramai di Surau Ar-Rahman Kampung Paka Dua.

“Rasa takut dan gemuruh memang ada, tapi melihat rakan-rakan sebaya yang lain, rasa itu berkurang dan lebih bersemangat,” ujar Adam ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Penolong Pegawai Perubatan, Sallihudin Wahid berkata ia merupakan antara aktiviti wajibnya sewaktu cuti sekolah kerana anak-anak dapat berehat sepenuhnya semasa proses pemulihan selepas berkhatan.

“Berkhatan bukan sahaja untuk kebersihan diri, malah mampu mengelakkan risiko jangkitan saluran air kencing dan kanser.

“Ibu bapa tidak usah risau kerana pemeriksaan rapi dilakukan sebelum prosedur berkhatan dimulakan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda