
Laporan/foto: Noorsiah Mahmud
KOTA KINABALU, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Teknologi tanaman tisu kultur menjadi langkah alternatif moden untuk menghasilkan spesis tanaman yang lebih berkualiti dalam tempoh yang singkat.
Menurut Pembantu Makmal YSG Sdn Bhd, SamShakinah Rasit, 32, tisu kultur adalah penghasilan anak pokok daripada biji atau potongan dahan pokok terpilih yang dimasukkan ke dalam media khas.
āMedia khas yang dikenali sebagai ānutrient gelā digunakan adalah makanan tisu kultur sehinggalah ia menjadi pokok yang mengambil masa hanya beberapa bulan untuk membesar.
āAntara pokok yang dihasilkan menerusi proses tisu kultur adalah pokok jati, pokok buah naga, pokok vanila, pokok pisang dan nanas.
āMakmal kami ada menerima kunjungan daripada para pengusaha pertanian dari Kota Belud dan Ranau yang ingin melihat sendiri proses dan cara kerja kami,ā kongsinya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Katanya lagi, sehingga kini, produk tisu kultur jati keluaran syarikat mereka turut menerima tempahan dari negara Brazil dan Kemboja.
-ZS-