Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Lelaki Hanyut Dibawa Arus Ditemukan Selepas 48 Jam

By 14 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Bomba Selangor

GOMBAK, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Seorang lelaki yang dilaporkan dibawa arus deras susulan hujan lebat dalam kejadian di Sungai Pisang, Batu 12 Gombak pada Ahad lalu ditemukan hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis, mangsa, Mohd Bazly Azly, 25 ditemui selepas 48 jam lemas.

“Mangsa dijumpai jam 10.34 pagi di kunci air Sungai Kerdas iaitu 10 kilometer dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahad lalu, media melaporkan seorang lelaki hanyut dibawa arus ketika mandi bersama rakannya Sungai Pisang, Batu 12 Gombak.

Namun, rakannya terselamat apabila terkandas di seberang sungai berkeluasan 20 meter.

-ZS-

Tinggalkan komen anda