Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Motivasi Dalam Talian – ITP Catat Rekod Baru MBOR

By 14 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Feroz Othaman/Nur Fariza Farnoh (Melaka Tengah)

AYER KEROH, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Melaka melalui Institut Tun Perak (ITP) melakar sejarah apabila dianugerahkan sijil Malaysia Book of Record (MBOR) melalui Program Motivasi Dalam Talian atau ‘On Motivation’ kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Negeri Melaka menerusi platform GoogleMeet baru-baru ni.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak Professor Madya Dr. Mohammad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah, program ini telah melibatkan penyertaan seramai 11,041 orang calon SPM negeri Melaka dan memperoleh pengiktirafan dari MBOR dengan penyertaan paling ramai untuk program motivasi dalam talian.

“Ini sekaligus memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Pusat Tuisyen Sri Endah yang mencatat rekod pada 12 April 2021 melibatkan  1,694 orang pelajar sekolah menengah,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda