Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Madu Ganti Gula dan Susu

By 17 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Pemilik Lepak Ngopi De’ Kelulut yang telah berkecimpung dalam industri perternakan Lebah Madu dan Lebah Kelulut sejak 13 tahun dahulu, kini mengorak langkah dengan membuka perniagaan makanan dan minuman.

Keunikan lokasi Lepak Ngopi De’ Kelulut di Sungai Batu Pahat, di sini yang berlatarkan keindahan alam semula jadi ini turut menawarkan menu minuman tanpa gula dan susu yang digantikan dengan madu.

“Di sini, bukan hanya boleh merasai keenakan dan keunikan rasa minuman seperti kopi, teh dan lemon dengan ditambah madu lebah atau madu kelulut. Namun, boleh juga merasai pengalaman menyedut madu kelulut terus daripada sarangnya.

“Perkhidmatan penyediaan rawatan menggunakan bisa lebah juga turut disediakan,” kata pemilik kedai Roshita Mat Hussin ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

“Pada awal pembabitan dalam industri penternakan madu lebah dan kelulut, saya mendapat sokongan daripada Jabatan Pertanian negeri Perlis melalui pelbagai kursus dan bimbingan.

“Hasil bimbingan JPNP dan pembabitannya selama 13 tahun, ia berjaya menjadikan perusahaannya sebagai Hab Ternakan Lebah di Sungai Batu Pahat,” katanya.

Menurut Roshita tapak kedainya juga adalah hak milik Jabatan Pertanian Negeri Perlis (JPNP) dan Bangunan Galeri adalah hak milik Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda