Laporan/foto: Mohd Azhar Mat Isa (Muallim)
BEHRANG, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis Aspresiasi Gemilang Akademik dan Kokurikulum Pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang (SKSB) diadakan bagi menimbulkan minat belajar dalam kalangan murid sekolah ini.
Menurut Guru Besar SKSB Zahari Mat Nor penganugerahan yang mereka terima dapat meningkatkan semangat dan potensi diri pada masa akan datang.
“Besar harapan saya untuk melihat anak-anak Felda yang sebenarnya memiliki potensi untuk berjaya seterusnya dikagumi ramai.
“Tahniah kepada semua murid khususnya penerima anugerah atas kejayaan diraih hari ini,” katanya ketika ditemui di SKSB pagi tadi.
Sementara itu bapa seorang pelajar, Kamarul Azri Awang, 44, melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menyediakan persekitaran yang baik sehingga anaknya mencapai kejayaan.
“Saya dan keluarga berasa terharu kerana dirai dan diberi penghormatan dalam majlis yang gilang-gemilang serta berharap majlis ini diteruskan demi menghargai usaha semua pihak yang bertungkus-lumus memastikan kejayaan murid,” ujarnya.
Bagi guru, Raja Nuraffra Raja Arif anugerah ini adalah usaha dan pencapaian anak-anak muridnya dan sesungguhnya mereka layak menerimanya.
-ZS-