Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Program MySahabat Tingkatkan Ilmu Pendidikan Alam Sekitar

By 3 Februari 2023Februari 7th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/ Tourism Negeri Johor

PONTIAN, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Program MySahabat Taman Negara Johor di antara sekolah, komuniti dan institusi pengajian tinggi bagi memperluaskan jaringan kerjasama melalui pendidikan alam sekitar.

Menurut Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Taufik Bahar, sejak tahun 2023, PTNJ telah memfokuskan jalinan kerjasama di antara sekolah-sekolah kebangsaan yang berdekatan dengan kawasan Taman-Taman Negara Johor sebagai rakan strategik Pendidikan Alam Sekitar.

“Antara sekolah-sekolah yang menyahut program tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Peta – MySahabat kepada Taman Negara Johor Endau Rompin (Peta); Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong – MySahabat kepada Taman Negara Johor Endau-Rompin (Selai); Sekolah Kebangsaan Sagil Kampong – MySahabat kepada Taman Negara Johor Gunung Ledang (Lagenda); Sekolah Kebangsaan Puteri Ledang – MySahabat kepada Taman Negara Johor Gunung Ledang (Waterfall);  Sekolah Kebangsaan Andek Mori – MySahabat kepada Taman Negara Johor Tanjung Piai; dan Sekolah Kebangsaan Sungai Durian – MySahabat kepada Taman Negara Johor Pulau Kukup,” kata Taufik Bahar ketika Program  “Mangrove Run” 2023 di Taman Negara Tanjung Piai, di sini, semalam.

Taufik yakin Program MySahabat Taman Negara Johor ini mampu menerapkan kesedaran kepada golongan pelajar dalam memahami interaksi di antara habitat paya bakau terhadap manusia dan habitat flora serta fauna yang menghuni kawasan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda