Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pahang Sasar 13 Juta Kemasukan Pelancong Tahun 2023

By 3 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zayana Isa/Allyshia

KUANTAN, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Pahang mensasarkan 13 juta kemasukan pelancong ke negeri ini pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man berkata, peningkatan kemasukan pelancong ke negeri ini pada tahun 2022 berbanding tahun 2021 membuatkan mereka yakin sasaran ini realistik.

“Pada tahun 2022, kemasukan pelancong ke negeri Pahang adalah seramai 10.18 juta orang manakala pada tahun 2021 seramai 2 juta pelancong,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Ramah Mesra Bersama Penggiat Industri Pelancongan Negeri Pahang, di sini semalam.

Leong menambah, Pahang mempunyai potensi dalam industri pelancongan kerana mempunyai pelbagai tempat yang menarik dengan keindahan alam semula jadi.

“Antara yang menjadi tarikan pelancong adalah di kawasan pantai dan pulau dengan kunjungan pelancong di kawasan tersebut seramai 2.5 juta orang.

“Manakala, lebih kurang 8 juta pelancong mengunjungi kawasan alam semula jadi dan tanah tinggi seperti di Sungai Lembing, Lipis Geopark, Genting Highlands Bukit Fraser dan Cameron Highlands.

“Untuk tahun ini, Kerajaan Negeri Pahang bersama Tourism Pahang menerusi penggiat industri merancang 30 acara pelancongan dan program eksposisi pelancongan bagi menarik pelancong ke negeri ini,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda