Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

OKU Bersyukur Terima Rumah Kurniaan Al-Sultan Abdullah

By 17 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syafiq Jamloh/Haimi Harris

PEKAN, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Penerima rumah kediaman melalui kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) yang juga merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) di Kampung Tanjung Pulai, di sini bersyukur kerana impian untuk memiliki rumah sendiri tercapai.

Lebih manis buat Mohd Khairi Othman, 47, apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan Majlis Kurniaan rumah berkenaan.

“Alhamdulillah, saya tidak menyangka akan menerima rumah yang diserahkan oleh Tuanku sendiri, sememangnya Tuanku seorang Sultan yang sangat prihatin,” ujarnya ketika ditemui di sini pada Rabu.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan meninjau persekitaran rumah tiga bilik yang mesra OKU dan mengurniakan sumbangan kepada 15 asnaf sekitar Kampung Tanjung Pulai, Pulau Manis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda