Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pembukaan Jalan Raintree Mampu Kurangkan Kesesakan – MB

By 5 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BATU CAVES, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berharap pembukaan jalan baharu di Taman Raintree, di sini mampu mengatasi kesesakan lalu lintas di waktu puncak atau ketika sambutan Thaipusam.

Katanya, jalan berkenaan adalah laluan alternatif kepada penduduk sekitar kerana ia menghubungkan stesen komuter Batu Caves, Kampung Laksamana dan beberapa taman perumahan.

“Pembukaan laluan ini dapat membantu menggerakkan beberapa pelan dan perancangan kerajaan negeri kerana ia sebenarnya menjadi laluan utama penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pembukaan Jalan Raintree semalam.

Turut hadir, Pegawai Daerah Gombak, Nor Azlina Abdul Aziz dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Datuk Mohd Yazid Sairi.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tua memaklumkan, pembukaan jalan berkenaan dapat menyelesaikan beberapa aduan penduduk sekitar yang diterimanya.

“Kawasan ini digemari oleh pembuang sampah dan menyebabkan penduduk terpaksa berhadapan bau busuk, kegiatan pembakaran terbuka dan pencerobohan sebelum ini,’’ jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda