Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Elakkan Stigma Negatif Masalah Kesihatan Mental – Fahmi Fadzil

By 5 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berharap penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai menjaga kesihatan mental dan mengelakkan stigma negatif terhadap penyakit mental.

“Jangan stigmakan, yang mempunyai masalah kesihatan mental harus tampil mendapatkan rawatan. Anda tidak dikenakan sebarang bayaran bagi perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang disediakan ini berbanding berjumpa pakar psikologi di luar sana yang memerlukan bayaran RM300 – RM400,” ujar Fahmi Fadzil ketika berucap merasmikan Program Kesedaran Kesihatan Mental, di sini semalam

Program ini merupakan salah satu usaha Social Community Programmes Urban Society (SCOPURS) dan YoungMinds Malaysia dengan kerjasama Persatuan
Pemikir Anak Muda Wilayah dan Selangor (PPAW) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam memberi kesedaran mengenai kesihatan mental dan sosial dalam kalangan masyarakat bandar khususnya di kawasan PPR.

Fahmi Fadzil turut menyampaikan 20 bakul makanan kepada golongan yang memerlukan.

Antara pengisian program adalah sesi taklimat kesihatan mental dan praktikal teknik relaksasi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda