Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Perak Kumpul Sukarelawan NGO Jaya Program Khidmat Masyarakat

By 2 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fikri Johari (Larut Matang dan Selama)

TAIPING, 2 Feb (Malaysiaaktif) – Program Khidmat Masyarakat anjuran Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Belia dan Sukarelawan Negeri Perak di Rumah Seri Harapan Taiping, semalam bertujuan mengumpul sebanyak mungkin persatuan NGO yang aktif turun padang demi menjayakan program ini secara sukarela.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Salbiah Mohamed berkata, pelbagai aktiviti bakal dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat sebelum ini.

“Kita mengharapkan program ini dapat mewujudkan seramai mungkin pertubuhan skuad sukarelawan Negeri Perak bersama NGO.

“Rumah Seri Harapan Taiping ini dipilih sebagai lokasi yang strategik berdasarkan kapasiti kawasan yang agak luas dengan penghuni di sini adalah seramai 145 orang,” katanya.

Antara NGO yang terlibat adalah Majlis Belia Daerah Larut Matang dan Selama (MBDLMS), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Gerakan Belia 4B dan Himpunan Dua Roda (H2R).

-ZS-

Tinggalkan komen anda