Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Perniagaan Konsep Vendor Trend Masa Kini

By 2 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Nurlaila Abdul Azid (Ipoh)

IPOH, 2 Feb (Malaysiaaktif) ā€“ Perniagaan berkonsepkan vendor kian mendapat perhatian kerana bukan saja menarik lebih ramai pelanggan bahkan membantu peniaga kecil-kecilan menjana pendapatan.

Pengusaha makanan secara vendor, Rafidah Zainul Abidin, 36, berkata, dia memilih konsep vendor ini kerana dapat menyajikan banyak pilihan makanan tanpa perlu menyediakannya sendiri.

ā€œPada asalnya, saya hanya meniaga yong tau foo dan ilham untuk menjadikannya sebagai vendor adalah untuk menarik pelanggan selain menyediakan ruang kepada peniaga lain khususnya suri rumah untuk meletakkan produk mereka di sini.

ā€œKita mendapat maklum balas positif daripada peniaga ini kerana perniagaan berkonsepkan vendor membantu menjimatkan kos dan tenaga selain mereka bebas meletakkan produk mereka di vendor yang lain,ā€ katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Tambah Rafidah yang mengusahakan Warung Makan Yuk di Taman Cempaka, operasi vendor ini sudah bermula sejak empat bulan lalu dan dia mengekalkan tapak perniagaan ini kerana lokasinya yang strategik serta mudah dikunjungi oleh pengguna jalan raya.

Sementara itu, pelanggan, Noor Ashikin Haramaini, 37, berkata konsep perniagaan vendor amat kreatif dan memberikan lebih banyak pilihan kepada pembeli.

ā€œKita tidak perlu ke kedai yang berlainan dalam sesuatu masa kerana di sini saja pelbagai menu ada dan harganya juga berpatutan,ā€ ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda