Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Perkhidmatan Rawatan Kesihatan Berkualiti untuk Penduduk Segamat

By 27 Februari 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Sheikh Mohamed Nazim Bin Sheikh Abd Kadir/Norhasliza Hamzah (Segamat)

SEGAMAT, 27 Feb (MalaysiaAktif) – Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Segamat telah diadakan di Hospital Segamat, semalam.

Projek ini diluluskan dengan kos keseluruhan sebanyak RM90.5 juta yang melibatkan kos pembinaan dan perolehan peralatan perubatan serta bukan perubatan.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Segamat telah diluluskan oleh kerajaan melalui Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK10) secara reka dan bina.

“Bangunan tambahan ini akan mula beroperasi pada 5 Mac 2023 dan bangunan ini mampu menyediakan lebih perkhidmatan kepada para pesakit.

“Isu berkenaan penduduk segamat yang sukar mendapatkan rawatan kesihatan yang berkualiti dapat diatasi dengan adanya pembinaan bangunan tambahan ini,” katanya.

Pada majlis tersebut Dr Zaliha turut mengumumkan keluluskan peruntukan berjumlah RM600 ribu bagi kerja-kerja pembinaan tempat letak kereta di Hospital Segamat.

“Ianya bagi menyelesaikan keluhan pesakit dan waris yang sukar meletakkan kenderaan ketika mendapatkan rawatan di hospital ini,” tambahnya lagi.

Turut hadir Ketua Pengarah Kerja Raya Dato’ Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dato’ Dr. Aman Rabu, Pengarah Jabatan Kerja Raya Johor Ir. Abu Bakar Abdul Aziz, Pegawai Daerah Segamat Tuan Mohd Masni Wakiman, Ahli Dewan Undangan Negeri Pemanis Hj Anuar Manap dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat YM Ungku Mohd Tahir Ungku Mohd Zakaria.

-ZS-

Tinggalkan komen anda