Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Persatuan Autisme Abinaya Perkasa Kebajikan Pelajar

By 16 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Sazali Ab Hamid/Nik Muhammad Faiz Faizal (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Penubuhan Pusat Pembelajaran dan Pendapatan Keperluan Khas melalui Persatuan Autisme Abinaya memberi nafas baru kepada pelajar autisme di daerah ini.

Ahli Parlimen Batu, Prabakaran Parameswaran berkata beliau sanggup datang dari Kuala Lumpur untuk bersama-sama memberi sokongan kepada persatuan ini demi memastikan golongan autisme tidak terus dipinggirkan.

“Saya akan cuba perkasakan usaha pembelaan golongan autisme dengan membawa perkara berkaitan golongan ini di peringkat parlimen,” ucapnya pada Majlis Perasmian Persatuan Autisme Abinaya di Dataran Arena Majlis Daerah Pengkalan Hulu, semalam.

Tambah Prabakaran, persatuan ini ditubuhkan bagi memberi sokongan, bimbingan dan kebajikan kepada pelajar autisme di daerah ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu Mohamad Amin Roslan menyifatkan penubuhan Persatuan Autisme Abinaya adalah langkah terbaik bagi membela nasib golongan tersebut.

“Kita berharap, pelajar autisme ini tidak lagi terpinggir atau ketinggalan dari pelbagai segi kehidupan seharian kerana mereka juga berhak untuk hidup dan dilayan sama seperti orang lain di negara ini,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda