Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Terap Prinsip-Prinsip Nilai Madani dalam Perkhidmatan – KDN

By 19 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Wan Seman Wan Bedollah/Azmi Abd. Rahman (Machang)

MACHANG, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi agensi-agensinya akan memberi penekanan dan membawa elemen-elemen, prinsip dan nilai dalam ‘Madani’ ketika memberi perkhidmatan dalam sistem penyampaian, tegas Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semasa merasmikan Program KDN MADANI di Kompleks Perpaduan Jajahan Machang, pagi semalam.

Menurutnya, antara elemen dan nilai dalam Madani yang menjadi fokus utama seperti hormat menghormati, mulia memuliai, ketenteraman, persefahaman tanpa mengira ideologi politik dan warna kulit, permuafakatan tanpa mengira fahaman agama, hubungan antarabangsa, kebajikan dan sebagainya.

“Ia selaras dalam usaha meningkatkan kesedaran rakyat terhadap keselamatan negara,” tambahnya.

“Prinsip dan elemen tersebut adalah penting kerana ia menjadi keutamaan dalam usaha membela kebajikan dan memberi perkhidmatan dalam sistem penyampaian serta sesuai dengan konsep Malaysia Madani yang menjadi penekanan kerajaan ketika ini,” katanya lagi.

Saifuddin turut menyerahkan Surat Keputusan Kewarganegaraan kepada seramai 23 orang penerima di majlis tersebut.

Pengisian program turut menyediakan pelbagai aktiviti seperti pameran dan diskaun saman trafik 50 peratus (PDRM).

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan Tuan Haji Wan Roslan Wan Hamat, Ketua Setiausaha KDN Datuk Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

-ZS-

Tinggalkan komen anda