Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Setiawangsa Disambut Meriah

By 12 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhasnida Sarani/Elias Hisham (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Malaysiaaktif) – Cuaca hujan sejak petang semalam tidak mematahkan semangat warga Setiawangsa untuk datang bersama- sama memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Setiawangsa, malam tadi.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad bersama keluarga menghadiri majlis yang disambut meriah dengan persembahan tarian singa dan bunga api.

“Walaupun Sambutan Tahun Baharu Cina telah sampai ke penghujung hari, kita sebagai rakyat Malaysia akan tetap menyambutnya hingga sebulan, tidak kira Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina mahu pun Deepavali.

“Melalui program seperti ini, saya berharap semangat perpaduan yang sedia ada dapat membentuk keluarga Madani dalam kalangan rakyat Malaysia mahupun pemimpin tanpa mengira latar belakang politik,” ujar beliau ketika berucap di hadapan lebih 2000 orang warga Setiawangsa yang hadir.

“Walaupun mempunyai kekangan masa, saya akan tetap berusaha dan sentiasa membantu warga Setiawangsa dalam memastikan bantuan akan sampai dengan segera kepada mereka yang memerlukan,” katanya lagi

-ZS-

Tinggalkan komen anda