Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Tunku Temenggong Kedah Santuni Mangsa Banjir Puing Kampung Iboi

By 12 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaharah Ismail (Baling)

BALING, 12 Feb (Malaysiaaktif) – Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah, Tunku Temenggong Kedah Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim, berkenan menyantuni mangsa banjir melalui Program Kayuhan Infaq Subuh Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) 2023, di sini semalam.

Beliau turut melawat kawasan yang terlibat bencana banjir di Kampung Iboi serta menyampaikan bantuan kewangan dan kotak makanan kepada 12 keluarga yang terkesan melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Iboi, Kampung Empang JPS dan Kampung Padang Empang.

YSB turut menyampaikan sumbangan RM 10,000 kepada Tabung Bencana Daerah, 70 kotak makanan dan sumbangan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat kehilangan nyawa kepada Pegawai Daerah Baling, Haji Mohd Shahadan Haji Abdullah selepas sesi taklimat Pasca Bencana Banjir.

Abdullah Ahmad, 65, salah seorang mangsa banjir di Kampung Iboi ketika ditemui di sini mengucapkan kesyukuran di atas keprihatinan YSB dan bantuan yang diterima.

Pada majlis tersebut juga Tunku Temenggong turut berkenan menyampaikan sumbangan peribadi RM1,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai untuk menjayakan Projek Laman Minda Sihat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda