Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

SMK Khir Johari Komited Lahirkan Pesilat Cemerlang

By 3 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)

BAGAN DATUK, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari sentiasa komited dalam melahirkan pesilat cemerlang dan ia dibuktikan dengan pelbagai kejayaan yang diperoleh oleh pelajar sekolah tersebut.

“Antara kejayaan yang dilakar termasuk memenangi pingat emas, perak dan gangsa dalam ‘Cabaran Silat Online KPM’ di peringkat negeri pada 2021 selain meraih pingat perak dan gangsa sempena Kejohanan ‘Satu Sekolah, Satu Silat’ Peringkat Kebangsaan pada 2022,” ujar Guru Ko-Kurikulum Rasis Muhamad Rosdi ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, Gurulatih Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk iaitu Ir Shahrul Nizam Ahmad Saharuddin pula menyatakan seramai 22 orang daripada 44 pelajar di SMK Khir Johari telah menerima Anugerah Bengkung dalam ‘Majlis Kenaikan Bengkung’ yang telah berlangsung minggu lepas.

“Saya berharap semoga pelajar sekolah ini akan terus gigih bersilat tanpa mengabaikan akademik demi melahirkan generasi pesilat yang mempunyai kerjaya profesional yang cemerlang,” tambahnya ketika dihubungi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda