Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)
MELAKA, 2 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diadakan di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Seri Negeri, di sini semalam.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang baharu Datuk Shadan Haji Othman telah mengetuai majlis angkat sumpah bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) TPr. Saifuddin Abdul Karim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Tuan Rosmanizam Mohd Nalif@Zawawi sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali.
Menurut Shadan Othman ketika ditemui berkata, PBT akan memastikan hasrat yang disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka mengenai hala tuju dan permasalahan utama Negeri Melaka akan dilaksanakan sebaiknya selaras dengan Tahun Melawat Melaka 2024 kelak.
“Terima kasih kepada kerajaan Negeri Melaka atas perlantikan untuk menerajui PBT pada tahun ini.
“Pihak kami akan sentiasa memperincikan setiap permasalahan terutama isu banjir, penjaja dan kebersihan bandar akan terus dipacu dengan cemerlang,” katanya.
-ZS-