Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Program Showcase Akar Tunjang Kemenjadian Murid Serlah Kemampanan Kemahiran Hidup Pelajar

By 2 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 2 Feb (Malaysiaaktif) – Program Showcase Akar Tunjang Kemenjadian Murid 2022 yang diadakan selama dua hari yang berakhir semalam, bukan hanya menerapkan kejayaan pelajar dalam bidang akademik, ianya turut diterapkan kemahiran hidup menerusi program Pembangunan Murid.

Menurut Adik Zarith Daniel, 16, pelajar di tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, beliau dan rakan-rakan menyertai program ini bagi mempromosikan kepada pelajar-pelajar lain berkenaan dengan adanya bidang kemahiran di bawah Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) yang sebenarnya turut ditawarkan di sekolah harian.

“Selain daripada itu, program sebegini turut dapat menyerlahkan bakat pelajar dalam bidang pertanian seperti sayur-sayuran dan juga cendawan tiram,” katanya ketika ditemui di lokasi program di Dewan 2020, di sini semalam.

“Program ‘showcase’ sebegini dapat menyerlahkan bakat dan berkongsi sesuatu dengan masyarakat di luar.

“Sekolah bukan sekadar tempat mempelajari ilmu akademik sahaja namun mempunyai elemen-elemen pembelajaran yang lain seperti mengetengahkan bakat-bakat dan potensi berkemahiran yang ada oleh setiap pelajar,” kata Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Panggas, Laksamana Saad, 46, ketika ditemui.

-ZS-

Tinggalkan komen anda