Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

SK Bandar Baru Selayang (2) Juara Kutipan Barang Kitar Semula Terbanyak

By 21 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/MPS

SELAYANG, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Selayang (2) dinobatkan sebagai juara Kutipan Barang Kitar Semula Terbanyak kategori sekolah rendah dalam pertandingan Program Bank Kitar Semula Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Tahun 2022.

MPS dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan, SK Bandar Baru Selayang (2) berjaya mengumpul 3,143 tan barang kitar semula dan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.

“SK Bandar Baru Selayang (2) juga turut merangkul Kategori Anugerah Khas Kitar Semula Minyak Masak Terpakai Terbanyak bagi Sekolah Rendah 2 iaitu sebanyak 568 kilogram dan memenangi wang tunai RM500.

“Bagi kategori Kutipan Barang Kitar Semula Terbanyak Sekolah Menengah, Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong telah dinobatkan sebagai juara dengan kutipan sebanyak 7,086 tan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000,” kata kenyataan tersebut.

Menerusi kenyataan berkenaan, MPS berharap inisiatif program ini menjadi galakan kepada semua terutama para pelajar dalam usaha memupuk sikap memelihara dan memulihara alam sekitar di setiap lapisan masyarakat.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPS, Datuk Mohd Yazid Sairi dalam satu majlis di SK Bandar Baru Selayang (2) baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda