Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

PoP di 55 Buah Sekolah Luar Bandar Kedah – Fahmi Fadzil

By 30 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Basyhar Abdullah (Kedah)

PADANG TERAP, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melaksanakan pembinaan rangkaian Hab Gentian Optik Point of Presence (PoP) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi menambah naik kualiti Internet dengan penggunaan teknologi berasaskan tembaga kepada gentian optik di kawasan sekitar sekolah, kediaman, premis perniagaan, komersial dan industri serta penyelenggaraan infrastruktur di seluruh negara.

Menurut Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil, sebanyak 55 buah sekolah luar bandar di Kedah telah dibina gentian optik ini bagi memudahkan dan membolehkan pihak sekolah menggunakan perkhidmatan internet dengan lebih pantas tanpa perlu ada jurang atau kesenjangan digital.

“Insyallah dengan adanya projek Point of Presence (PoP) tersebut dapat mengurangkan masalah berkaitan akses internet atau kesenjangan digital,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan PoP Zon Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap, Kuala Nerang, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohammad Mentek, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Phkaruddin Ghazali dan Naib Presiden Eksekutif TM One Telekom Malaysia Berhad Shazurawati Abd Karim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda