Laporan/foto: Farhana Azlin Lajis/Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi (Kedah)
LANGKAWI, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 867 pemohon Program Perumahan Rakyat (PPR) di sini berjaya menerima surat tawaran menduduki PPR Anggerik Lestari (PPR Kuah) dan PPR Indera Mahsuri (PPR Ulu Melaka).
“Pagi ini kita berjaya menyaksikan satu lagi inisiatif kerajaan perpaduan Malaysia Madani, untuk menjaga kebajikan rakyat di negeri Kedah di mana sebanyak dua projek PPR bernilai RM264 juta telah berjaya dibina dan diserahkan surat tawaran kepada warga Langkawi yang Berjaya”.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Perumahan Secara Sewa-Untuk-Milik (RTO) di PPR Anggerik Lestari, di sini kelmarin.
Rata-rata warga Langkawi yang berjaya tersenarai untuk menerima tawaran rumah ini melahirkan rasa syukur dan gembira.
Salah seorang penerima Norsiah Naiyan, 60, berkata, dia berasa amat gembira kerana mendapat sebuah unit PPR berikutan dia adalah orang kurang upaya (OKU) dan telah lama menyewa sebuah bilik yang kecil di Kampung Kelibang.
-ZS-