Laporan/foto: Mohamad Firdaus Abd Aziz/Norhazliza Mod Din
GUA MUSANG, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Pejabat RELA Daerah Gua Musang telah menganjurkan Program ‘Jom Derma Darah’ di Perkarangan Lobi Bangunan Persekutuan dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Kuala Krai pada pagi ini.
Menurut Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Krai Roslan Usop berkata pihaknya mensasarkan 20 orang penderma pada pagi ini namun program ini mendapat sambutan yang baik dari kalangan kakitangan dan anggota RELA disini dimana mereka berjaya mendapatkan seramai 45 orang penderma.
Penolong Pegawai RELA, Narmizi Mohammed berkata program sebegini amat bagus dan akan menganjurkan lagi program ini kerana satu bag darah dapat menyelamatkan tiga nyawa sekaligus dapat membantu pesakit kronik yang memerlukan darah.
Turut menderma pada hari ini ialah rakan strategik JaPen, Kamaruddin Awang dan kakitangan RELA Daerah Gua Musang.
-ZS-