Laporan/foto: Fasharina Kholil (Kedah)
SIK, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Dalam usaha meringankan beban rakyat serta mengurangkan tekanan kos sara hidup, 2Dia Cafe di bawah seliaan Kolej Komuniti Sik (KKSik) memperkenalkan Menu Rahmah yang merangkumi nasi, satu pilihan protein sama ada ikan, ayam beserta sayur-sayuran.
“Menariknya Cafe ini diuruskan sepenuhnya oleh alumni kolej serta siswa yang sedang menjalani Latihan Industri,” kata Pengarah KKSik, Zahrul Zakaria yang ditemui di sini baru-baru ini.
“Sajian Menu Rahmah ini mensasarkan golongan B40 dan mahasiswa dengan menawarkan harga RM3.50 hingga RM5 tanpa menjejaskan kuantiti dan kualiti makanan yang disediakan terutamanya kepada penduduk sekitar,” katanya.
Jelasnya lagi, usaha ini juga bagi menyahut saranan kerajaan untuk menyediakan makanan Menu Rahmah kepada pengunjung pada harga mampu milik dan berpatutan.
-ZS-