Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Ar Rahn Pilihan Peniaga Kecil Dapat Modal Segera

By 6 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaharah Ismail (Kedah)

BALING, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Koperasi Permodalan Kelantan Berhad (KoPKB) menyasarkan jumlah pembiayaan sebanyak RM7.5 juta setahun dan peningkatan pelanggan kepada 3,500 orang di daerah ini melalui perkhidmatan Ar Rahn.

Ar Rahn ditubuhkan untuk menyediakan satu platform gadaian bebas riba dan mematuhi syarak sebagai alternatif kepada sistem gadaian konvensional di samping menyediakan perkhidmatan tunai segera yang amat mudah dan cepat.

“Ar Rahn menerima semua golongan pelanggan termasuklah yang tersenarai dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS)/ Credit Tip Off Service (CTOS).

“Dengan cara gadaian Islam ini, Ar Rahn telah banyak membantu golongan peniaga kecil untuk mendapatkan modal perniagaan segera,” ujar Yang Dipertua Koperasi Permodalan Kelantan Berhad Ahmad Nazri Ismail, di sini semalam.

Majlis Perasmian Ar Rahn Cawangan Baling telah dilakukan oleh Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Kelantan Zainudin Mohamed

Ar Rahn Cawangan Baling telah mula beroperasi sejak 16 Februari lalu dan jumlah pelanggan yang berurus niaga di premis ini telah melebihi 1,000 orang dengan jumlah pembiayaan mencecah RM3 juta.

Turut hadir  dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kedah Norzila Nayan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda