Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Batu Nisan dan Belindan Punca Rezeki

By 24 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

PASIR MAS, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Batu nisan dan belindan kubur menjadi sumber rezeki untuk menyara kehidupan seorang warga emas Suhaimi Othman, 64, dari Kampung Buloh Melintang, Chetok.

“Pelbagai reka bentuk ditawarkan untuk pilihan pelanggan yang berharga antara RM500 sehingga RM2,000 terpulang kepada kehendak mereka.

“Jika batu nisan dari batu bukit atau batu sungai yang dikenali batu hidup, ianya nampak lebih cantik dan kemas, jangka masa siap tempahan antara sebulan atau dua bergantung atas reka bentuk yang di tempah,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Menurut Suhaimi kebiasaannya di batu nisan dan belindan kubur perlu ditulis nama, tarikh lahir dan tarikh dikebumikan.

Katanya, usaha ini perlu kepandaian dan ketekunan, teliti serta sabar supaya pelanggan puas hati kerana mengeluarkan duit untuk bayar hasil kerja kita.

Suhaimi turut dibantu dua anaknya Hanif Suhaimi, 32, dan Hariz Suhaimi, 27.

“Saya bantu bapa untuk menyiapkan kerja yang ditempah pelanggan. Cepat buat, cepat siap dan cepat dapat duit,” kata Hanif.

Manakala adiknya Hariz yang berkebolehan mengukir dan menulis tulisan khat, berkata menulis khat perlu ketelitian dan ketepatan.

“Jika silap, pelanggan tak puas hati,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda