Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Cerapan Hilal Ramadan 1444H

By 24 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Salawati Mat Shariff/Azimee Abdullah (Daerah Barat Daya)

BALIK PULAU, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Cerapan anak bulan Ramadan bagi tahun 1444H/2023M telah dilaksanakan di Pusat Falak Sheikh Tahir (PFST), Jalan Pantai Acheh, kelmarin.

Seramai 25 orang ahli jawatankuasa terlibat dalam proses cerapan Hilal Ramadan di Pulau Pinang yang diketuai Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Haji Wan Salim Wan Mohd Noor.

Ahli Jawatankuasa Rukyah Hilal Pulau Pinang Dr. Abdul Halim bin Abdul Aziz, berkata antara fungsi utama jawatankuasa rukyah (melihat anak bulan) negeri Pulau Pinang adalah mengesahkan visual hilal yang terhasil dari sesi cerapan hilal di Pulau Pinang.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Datuk Seri Utama (Dr.) Ahmad Fuzi Hj Abdul Razak turut mencerap anak bulan menggunakan peralatan teodolit dan menyempurnakan perasmian Kubah Cerapan Robotik PFST.

-ZS-

Tinggalkan komen anda