Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

CRSM Labis Hulur Bantuan kepada Mangsa Banjir di Chaah

By 3 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Mukim Chaah mencatatkan mangsa banjir yang paling tinggi di daerah Segamat dengan bilangan 3,476 mangsa yang kini berada di 19 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini.

Pertubuhan Crisis Relief Squad (CRSM) merupakan salah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut membantu memindahkan mangsa ke PPS, membuat kaunter khidmat kaunseling, perkhidmatan pembersihan rumah, program gotong-royong menyediakan makanan kepada mangsa dan sebagainya.

Pengerusi CRSM, Tien Thong Sin, 43, berkata pasukan CRSM Labis akan sentiasa membantu mereka yang mengalami bencana tidak kira banjir atau lain-lain masalah.

“Mangsa banjir perlukan sokongan dan motivasi supaya mereka tidak merasa lemah semangat dan trauma apabila bencana banjir ini berakhir.

“Pihak CRSM juga memberi bantuan makanan kepada semua mangsa tidak kira kaum dan umur supaya mereka ini tidak terlepas daripada menerima bantuan,” katanya semasa menyerahkan bantuan makanan kepada mangsa.

Lee Zhi Rong, 27, menyatakan ketika ini soal politik perlu diketepikan dan utamakan nyawa mangsa serta berganding bahu memberi perkhidmatan terbaik kepada mangsa banjir.

Amy, 60, berpendapat bahawa NGO di luar sana perlu turun padang membantu mangsa banjir di Chaah bagi melihat sendiri kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa akibat bencana banjir pada kali ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda