Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Gangguan Bekalan Air di Chaah Dijangka Pulih Pagi Esok Secara Berperingkat

By 3 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhasliza Hamzah/Khairul Hadi Mahat (Segamat)

SEGAMAT, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Masalah gangguan bekalan air di Chaah yang disebabkan oleh paip utama hanyut dan pecah dijangka pulih pagi esok setelah kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak Ranhill SAJ semasa lawatan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghani ke lokasi paip utama di Jambatan Sungai Chaah.

“Saya, YB Tan Chong ADUN Bekok dan Pegawai Daerah Segamat, Encik Masni Wakiman telah turun sendiri ke lokasi tersebut untuk mendengar taklimat pihak Ranhill SAJ.

“Ranhill SAJ memaklumkan kerja-kerja pembaikan di tahap 40 peratus dan dijangka siap pagi esok.

“Sementara itu, lori-lori tangki air Ranhill SAJ akan menyalurkan bekalan air ke kawasan yang terjejas,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook, petang tadi.

Seramai 3,962 penduduk di Chaah mengalami gangguan bekalan air akibat banjir dan menyebabkan hampir keseluruhan Pekan Chaah ditenggelami air sejak kelmarin.

Setakat pukul 8.00 malam tadi, sembilan daripada 86 PPS sudah ditutup dan sehingga jam 8 malam ini, seramai 12,323 mangsa daripada 3,575 keluarga masih berada di 77 PPS di daerah Segamat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda