Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

PM Umum Peruntukan Tambahan RM50 Juta untuk Bencana Banjir di Johor

By 3 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Abassalimi Mohamad (Kluang)

KLUANG, 3 Mac (Malaysiaaktif) – “Perdana Menteri telah bersetuju menambah peruntukan sebanyak RM50 juta kepada negeri Johor.

“Menteri Besar Johor juga memohon bantuan tambahan anggota di bawah KDN untuk membantu menangani bencana banjir ini”.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata demikian ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Raya Kampung Melayu, di sini hari ini.

Saifuddin turut diberi taklimat situasi banjir di daerah Kluang yang merupakan antara daerah terjejas teruk akibat bencana banjir pada kali ini.

Beliau dimaklumkan bahawa situasi banjir pada kali ini merupakan antara yang terburuk melanda daerah Kluang disebabkan oleh taburan hujan yang luar biasa dan menyebabkan paras sungai utama meningkat mendadak sehingga menyebabkan banyak kawasan dinaiki air.

Sebanyak 39 PPS masih dibuka di daerah Kluang yang menempatkan seramai 5,294 orang mangsa banjir sehingga pukul 6.00 petang tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda