Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Sembang Santai J@Pen Platform Perkongsian Maklumat Isu

By 30 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Pelapor: Municca Kiat/Kamaruddin Abidin

RANAU, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Kesedaran rakyat terhadap inisiatif kerajaan dapat ditingkatkan menerusi platform program sembang santai yang berterusan.

Pegawai Daerah Ranau Jumain Abdul Ghani, berkata platform tersebut dapat digunakan sebaik mungkin bagi membantu pihak kerajaan dalam memerangi berita dan maklumat palsu.

“Kita banyak mendapat maklumat yang tidak diketahui kesahihnnya, jadi dengan adanya platform ini kita dapat memastikan berita yang kita terima daripada pihak luar atau yang ditularkan itu sahih atau tidak,” katanya semasa ucapan yang disampaikan secara sempena Program Sembang Santai J@Pen – Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) yang dikelolakan oleh Pejabat Penerangan Ranau.

Beliau turut melancarkan kumpulan Whatsapp Sahabat J@Pen Ranau yang kini mempunyai lebih 100 orang ahli.

Menurut Pegawai Penerangan Ranau Kenny Thomas, berkata langkah tersebut juga adalah bagi mengeratkan jaringan komunikasi antara masyarakat setempat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk saling berhubung serta berkongsi maklumat.

“Konsep Malaysia Madani adalah untuk memastikan rakyat di mana saja mereka berada tidak akan ketinggalan dari segi penerimaan maklumat dan menyampaikan maklumat agar difahami oleh semua lapisan masyarakat,” katanya semasa program Program Sembang Santai J@Pen Platform anjuran Pejabat Penerangan Daerah Ranau pada Rabu.

Antara pengisian program termasuklah taklimat jenayah ‘scam’ (penipuan) yang disampaikan oleh Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau Tuan Murugan Doraiya dan taklimat Malaysia Madani oleh Kenny.

-ZS-

Tinggalkan komen anda