Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

‘Home Internet’ Bantu Kurangkan Kosa Sara Hidup

By 31 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bahsyar Abdullah (Kedah)

SUNGAI PETANI, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan Perpaduan memperkenalkan pakej jalur lebar untuk mengurangkan kos sara hidup golongan B40, veteran Angkatan Tentera Malaysia, pesara polis, pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, orang kurang upaya serta warga emas.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pakej ini diperkenalkan bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat akses Internet yang berkualiti sekaligus merapatkan jurang digital dan ekonomi.

“Pakej ini menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan hingga 30 Mbps dan data tanpa had dengan harga RM69 sebulan serta kontrak langganan selama 24 bulan.

“Ini bermakna, rakyat mendapat harga lebih murah berbanding harga pasaran dengan penjimatan sebanyak 22 peratus,” katanya selepas merasmikan Pelancaran Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Home Internet) di Dewan Penduduk Taman Sri Wang, di sini semalam.

Turut Hadir Ketua Setiausaha Datuk Sri Mohammad Mentek, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus dan Ketua Pegawai Korporat dan Kawal Selia Telekom Malaysia Tengku Muneer Tengku Muzani.

-ZS-

Tinggalkan komen anda