Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Tuanku Muhriz Berbuka Puasa Bersama Ahli Kariah Dingkir

By 31 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)/Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Negeri Sembilan)

KUALA PILAH, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa di Masjid Kariah Dingkir, Inas, di sini semalam.

Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin.

Baginda berdua berkenan untuk mengurniakan sumbangan kepada 14 orang asnaf di kawasan Dingkir serta wang berjumlah RM15,000 kepada Pengerusi Masjid Dingkir untuk perbelanjaan penyelenggaraan masjid.

Menurut Pengerusi Masjid Kariah Dingkir Shaari Marzuki beliau menjunjung kasih ke atas kesudian Tuanku berdua beserta anakanda berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat tarawih bersama-sama ahli kariah masjid.

“Sumbangan wang yang diterima juga akan dibelanjakan sebaik mungkin untuk mengimarahkan masjid dan surau-surau dalam kariah Dingkir,’’ ujarnya.

Turut hadir YM Dato Penghulu Luak Inas Datuk Mohammad Ariff Sidek.

-ZS-

Tinggalkan komen anda