Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)
LANGKAWI, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Kerjasama antara pemain industri Langkawi dan pemain industri Thailand diyakini mampu merancakkan semula industri pelancongan Langkawi di peringkat antarabangsa.
Hasrat ini telah dizahirkan dengan perlaksanaan inisiatif Sesi Business To Business (B2B) di antara pemain industri di Langkawi dan Thailand yang diadakan di sebuah hotel, di sini semalam.
“Ini merupakan hari pertama kita menganjurkan program B2B antara pemain industri Langkawi dan pemain industri Thailand.
“Dengan satu harapan supaya pelancong kedua-dua negara ini dapat begerak bebas malah dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat antara pemain industri Langkawi dan Thailand,” kata Pengurus Bahagian Pelancongan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) merangkap Pengurus Langkawi UNESCO Global Geopark Dr. Azmil Munif Bukhari
“Hari ini adalah hari bersejarah bagi kita bersama Langkawi dan Satun,Thailand di mana pemain industri dari Langkawi terdiri daripada 40 orang datang untuk berjumpa 20 top ejen dari Satun untuk mengadakan program B2B bagi mengeratkan lagi hubungan antarabangsa serta memperkuatkan juga perjalanan pelancong dari Thailand dan Malaysia secara amnya,” katanya lagi.
Turut hadir Presiden Persatuan Perniagaan Pelancongan Satun Samard Jaroenrit, Timbalan Pengarah Pihak Berkuasa Pelancongan Satun Thailand dan Pengurus Tourism Malaysia Langkawi Mohd Fahmi Nordin.
-ZS-