Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Jabatan Kimia Johan Pertandingan Cabaran Bakul Pengguna

By 15 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hafizah Rahim/Safiahanis Amiruddin (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Kumpulan Menu Rahmah yang dianggotai oleh tiga kakitangan Jabatan Kimia Terengganu muncul juara dalam pertandingan cabaran bakul pengguna yang diadakan sempena sambutan Hari Pengguna Kebangsaan Tahun 2023 peringkat Negeri Terengganu, di sini semalam.

Wan Rozaini Wan Ahmad, 40, salah seorang anggota kumpulan Menu Rahmah, berkata dia dan rakannya tidak menyangka kumpulan mereka menjadi johan dalam pertandingan bakul pengguna penjawat awam.

“Kami terkejut dan teruja apabila diumumkan sebagai johan pertandingan dan bakal mewakili negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan nanti,” katanya.

Program sehari anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Terengganu itu turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti Pameran Agensi, Pertandingan Mewarna OKU, Forum Kewangan
dan Pertandingan Busker di ruang legar KTCC Mall, Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Setiausaha Perdayaupayaan Pengguna dan Pengurusan KPDN, Datin Roszanina Wahab, berkata tanggal 15 Mac pada setiap tahun merupakan Hari Sambutan Hak-Hak Penguna yang disambut seluruh Sedunia.

“Sambutan di peringkat global ini adalah untuk memperjuangkan hak-hak pengguna di seluruh dunia dengan memberikan pengetahuan dan kesedaran berkaitan hal-hal kepenggunaan,” katanya.

Tambah beliau, Malaysia juga tidak ketinggalan menjadikan 15 Mac sebagai tarikh sambutan hari pengguna kebangsaan bagi meraikan pengguna di negara ini dengan tema ‘Pengguna Berdaya, Negara Rahmah Sejahtera’.

-ZS-

Tinggalkan komen anda