Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kayuhan Menjunjung Kasih 2022 Erat Hubungan Istana dan Masyarakat Klang

By 20 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Rosliza Ibrahim (Klang)

KLANG, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyertai Kayuhan Menjunjung Kasih 2022 Edisi ke-3 sejauh 50 kilometer, di sini semalam yang bermula di Bangunan Galeri, Sime Darby, Bukit Raja.

Program anjuran bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Sime Darby Property sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ke-32 turut disertai 1,000 orang peserta telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Klang Ganabatirau Veraman yang mewakili  Menteri Besar Selangor.

Menurut Ganabatirau program tersebut amat memberi manfaat kepada penduduk terutama dari pada aspek infrastruktur dan pembangunan di sekitar kawasan Bukit Raja. Malah turut membantu bagi mendengar luahan masyarakat setempat.

Ganabatirau turut memuji usaha MPK yang dapat menangani isu-isu tempatan seperti isu sampah, perparitan dan lain-lain dengan baik.

“Diharapkan usaha ini dapat diteruskan memandangkan Klang bakal menjadi sebuah Bandar Raya menjelang bulan November ini,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan (ADUN) Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan ADUN Pandamaran Leong Tuck Chee.

-ZS-

Tinggalkan komen anda