Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Stephanie Mekanik Wanita Sabahan

By 5 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd. Nizwan Mohd. Daini

KOTA KINABALU, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Kerjaya mekanik sering dikait dengan kaum lelaki tetapi tidak mustahil bagi Stephanie David, 34, atau lebih dikenali sebagai ‘Mekanik Wanita Sabahan’ menerusi media sosial TikTok.

Stephanie yang mula menjadi mekanik sejak berumur 17 tahun sering kali berkongsi info mengenai kerjanya sebagai mekanik menerusi aplikasi TikTok yang kini mencecah lebih 30 ribu pengikut.

“Berbekalkan ilmu asas yang dipelajari sendiri, minat yang mendalam, serta pengalaman yang ada, saya membuka bengkel sendiri.

“Sememangnya mencabar apabila seorang wanita menjadi mekanik kerana terdapat segelintir yang mempertikaikan kebolehan kita untuk melakukan kerja-kerja itu.

“Namun, segala tohmahan dan pandang rendah terhadap kebolehan saya tidak mendatangkan masalah kerana itu lagi membuatkan saya bersemangat untuk bekerja dengan baik,” katanya ketika ditemui media di Bengkel Petronas Taman Fu Yen, Luyang, di sini baru-baru ini.

Katanya, tiada yang mustahil bagi seseorang selagi ada semangat dan impian untuk mengejar kerjaya yang diminati.

-ZS-

Tinggalkan komen anda