Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kempen Sebuah Rumah Seorang Graduan Beri Galakkan kepada Belia

By 9 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 114 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri mengikuti Program Jaringan Meniti Puncak 2023 di KOMCA Universiti Sains Malaysia (USM),  Kampus Induk, di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir Datuk Seri Dr. Ahmad Razif Abd. Rahman, berkata kerjasama bersama Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM dan SMK Ibrahim Fikri menjadi kekuatan dan motivasi kepada pelajar semua untuk menuju puncak bagi merealisasikan hasrat ibu bapa dalam memberikan pendidikan kepada pelajar.

“Pelaksanaan kempen ‘Sebuah Rumah Seorang Gaduan’ (SRSG) akan menjadi realiti, tidak lama lagi serta usaha berganda yang berterusan oleh kerajaan melalui pelbagai institusi pendidikan dan latihan, mampu memberi impak besar bagi mencapai cita-cita tersebut,” katanya.

Beliau yang berucap di majlis penutup memaklumkan kerajaan memberi komitmen besar untuk menjayakan hasrat berkenaan apabila menyediakan peruntukan sebanyak RM15.3 bilion iaitu RM11.7 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM3.6 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

“Belanjawan 2023 yang dibentangkan sekali gus menunjukkan komitmen tinggi kerajaan menyokong transformasi pendidikan tinggi negara dan memastikan tahap pendidikan rakyat di negara ini berada di kelas tersendiri,” jelasnya.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam program selama tiga hari tersebut membolehkan pelajar mencari hala tuju kehidupan yang lebih baik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda