Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Keropok Lekor di Kampung Cina

By 5 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Keropok lekor adalah makanan tradisional yang popular di negeri Terengganu dan kebanyakannya diusahakan dan dibuka di kawasan penempatan dan perkampungan orang Melayu.

Delicious Station telah membuat langkah berani apabila membuka kedai keropok lekor di Kampung Cina, di sini.

Pembantu jualan Tengku Sarah Norina Tengku Zack, 24, ketika ditemui di sini baru-baru ini berkata, kedai ini telah beroperasi sejak lima tahun lalu dan sering mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk komuniti Cina.

“Kami juga dikunjungi pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara yang ingin menikmati kelainan keropok lekor yang kami usahakan,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda