Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Aktiviti Lari Kutip Kurangkan Risiko Banjir

By 5 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Sebanyak 150 kilogram sampah yang kebanyakannya sisa plastik dikutip dalam tempoh satu jam menerusi aktiviti lari kutip atau bersenam sambil mengutip sampah di persisiran pantai Kampung Ladang, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar Datuk Pandak Ahmad berkata, program ini juga sebagai langkah proaktif bagi mengurangkan risiko banjir terhadap kampung yang terletak berhampiran pantai di kawasan ini.

“Seperti kita maklum, di negeri Johor ketika ini banyak kawasan dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan dan kita harap dengan aktiviti gotong-royong sebegini saliran air seperti sungai dan longkang tidak tersumbat dengan sampah sarap dan dapat mengalirkan air dengan lancar,” katanya ketika ditemui selepas bersama-sama penduduk dalam Aktiviti ‘Plogging’ (lari kutip) Bersama Komuniti Mukim Tanjung Kupang, di sini.

Katanya, Kampung Pendas Baru iaitu sebuah kampung nelayan yang terdapat di sini juga berpotensi dimajukan sebagai kawasan tarikan pelancong yang baharu khususnya kepada orang ramai yang datang untuk membeli hasil tangkapan nelayan.

‘Sebab itu kawasan ini perlu sentiasa bersih agar dapat memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang,” ujar beliau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda